Counseling Assignment, UM, Malaysia Seiring dengan era globalisasi sekarang, profesion perguruan memainkan peranan yang penting dalam
| University | Universiti Malaya (UM) |
| Subject | Counselling |
Seiring dengan era globalisasi sekarang, profesion perguruan memainkan peranan yang penting dalam proses pembagunan manusia, masyarakat dan negara. Guru merupakan individu yang bertanggungjawab bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Selari dengan itu, bagi mencorakkan kaedah pengajaran yang efisien dan mencapai matlamat dunia pendidikan agar dapat di capai secara optimum, guru dilihat merupakan elemen yang paling penting pada pada masa sekarang.
Dalam usaha menentukan mod pengajaran yang baik, terdapat pelbagai cabaran yang di hadapi oleh guru yang dilihat semakin kompleks dan mencabar. Peranan guru pada hari ini tidak hanya terhad sebagai penyampai pengajaran malah, turut bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran kehidupan yang perlu digalas pada setiap bahu pendidik, amnya adalah amat kritikal dan berkaitan dengan kesejahteraan kerja guru.
Kesejahteraan kerja merujuk kepada sumbangan yang sangat bermakna dari aspek fizikal dan mental serta amalan atau nilai oleh individu untuk mencapai kualiti, keperibadian dan kepuasan kerja. (Brysonet Forth, & Stoke 2017). Bagi golongan guru, bebanan tugas guru yang kian bercambah memberikan implikasi tehadap kualiti, keperibadian dan kepuasan kerja mereka. Kegagalan guru mengatasi tekanan yang datang akan menyumbang kepada ketidakselesaan dalam pekerjaaan dan mengalami ketidakstabilan emosi sehingga membawa kepada burnout.
Individu yang dikaitkan dengan burnout akan merasakan tidak berupaya untuk menanggung beban emosi yang tidak stabil dan keadaan demikian memberikan kesan negatif terhadap sikap dan tindakan seseorang dalam kehidupan. Justeru, melihat cabaran-cabaran pendidikan masa kini, guru yang tidak berjaya menghadapi cabaran hari ini, akan memberi ruang wujudnya gejala burnout dan depression dalam kalangan guru.
Menurut Taylor (2013) antara elemen yang di anggap penting diperlukan oleh individu yang melibatkan diri dalam profesion perguruan ialah daya tahan. Daya tahan penting bagi memenuhi cabaran serta perubahan yang mendatang agar terus kekal sebagai pendidik. Guru yang memiliki daya tahan yang tinggi akan mampu untuk mengawal situasi negatif. Namun sebaliknya jika guru mempunyai daya tahan yang berkurangan akan memberikan impak negatif seperti kemurungan, tekanan emosi yang akan menyebabkan gejala burnout dikalangan guru.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai gejala burnout dan depression dalam kalangan guru. Maka kajian ini telah dijalankan bagi mengisi jurang dan menjawab persoalan tersebut. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji tahap gejala burnout dan depression dalam kalangan guru sehingga mengakibatkan absentism ke tempat kerja,
Get Help By Expert
At Assignmenthelper.my, we pride ourselves on providing top-notch assignment writing services at affordable prices. We know that budget constraints can be a major obstacle for students, which is why we offer competitive rates without compromising on quality. With our homework assistance, you can rest assured that your work will be completed on time and to the highest standard. Don't let the pressure of academic workload overwhelm you. Sign up with Assignmenthelper.my today and experience the difference our assignment writing services can make in your academic success!
Recent Solved Questions
- XBOH2103: Demonstrate the use of digital technology to support and enhance in managing occupational: Occupational Safety And Health Management Assignment, OUM, Malaysia
- AAC20403: Financial Accounting and Reporting Assignment, MSU, Malaysia Using a diagram clearly explains the concept of price ceiling and Why are traders not able to adhere to the ceiling price of chicken
- AC4012: Introduction to Financial Accounting Assignment, SC, Malaysia Identify any TWO stakeholders of the company who have decision-making power, and provide an example of a decision
- BQS562 Computer Aided Measurement Assignment: Explore BQ Preparation for Internal Finishes in Bungalow Project
- ACC4304: Auditing Essay, UH, Malaysia Write an essay that critically evaluates the impact of an accounting scandal on auditor independence and audit quality
- Guidance For Children Assignment, UPM, Malaysia Learning by discovery is a technique for helping learners create and organize knowledge. Involving mindful participation
- DMT5023: Statistical Analysis Assignment, MSU, Malaysia Develop an SPSS data set based on Table 1 with a minimum of 100 responses
- What is the impact of earning volatility on accounting comparability of SMEs in economy development ?: Business Research Project Thesis, MISI, Malaysia
- LGV7034: The risk manager has an important role to play in an organisation’s risk management: Risk Management Individual Assignment, VUC, Malaysia
- The objective of an organization in establishing a successful business in International Trade in a digitalization business environment: International Business Enviroment, Assignment, NTU, Malaysia