BBRC4103: Tahap pertama dalam penyelidikan ialah untuk mengenal pasti permasalahan atau isu-isu dalam perniagaan: Kaedah Penyelidikan Tugasan, OUM, Malaysia
| University | Open University Malaysia (OUM) |
| Subject | BBRC4103 Kaedah Penyelidikan Tugasan |
BAHAGIAN I (90%)
TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk membina keupayaan pelajar menyediakan satu cadangan penyelidikan saintifik. Tugasan ini mengandungi dua tugas. Tugasan 1 direka bentuk untuk membina keupayaan pelajar untuk menulis satu pernyataan masalah berdasarkan fakta-fakta dan angka-angka sebenar mengenai satu topik penyelidikan spesifik.
Berdasarkan topik penyelidikan dan pernyataan masalah tersebut, pelajar akan belajar membentuk persoalan-persoalan dan objektif-objektif kajian. Tugasan 2 direka bentuk untuk membina keupayaan pelajar untuk menulis satu ulasan karya mengenai topik penyelidikan yang dipilih dan membentuk kerangka konseptual, dan akhir sekali menulis kaedah penyelidikan. Gabungan dua tugas ini akan menghasilkan satu cadangan penyelidikan yang baik.
KEPERLUAN
TUGASAN 1
Tahap pertama dalam penyelidikan ialah untuk mengenal pasti permasalahan atau isu-isu dalam perniagaan dan pengurusan (atau dalam bidang kajian pelajar) dan menjustifikasikan keperluan penyelidikan. Untuk tujuan itu, anda dikehendaki memilih satu topik kajian dalam bidang yang anda minati. Kemudian, anda perlu membentuk pernyataan masalah berkaitan dengan topik yang dipilih.
Untuk memastikan yang masalah yang telah anda kenal pasti wujud dan ianya signifikan, anda perlu menyokongnya dengan fakta-fakta dan angka-angka sebenar. Anda juga dikehendaki menentukan persoalan-persoalan dan objektif-objektif kajian yang sesuai dengan permasalahan kajian. Akhir sekali, anda perlu menerangkan mengapa pentingnya menjalankan penyelidikan tersebut. Laporan anda untuk Tugasan 1 perlu merangkumi perkara-perkara berikut:
- Pengenalan dan Latar Belakang Kajian
- Pernyataan Masalah, Persoalan Kajian dan Objektif-objektif Kajian
- Kepentingan Kajian
TUGASAN 2
Berdasarkan topik pilihan anda dalam Tugasan 1, ulas beberapa artikel kajian yang relevan dengan topik tersebut dan tuliskan ulasan karya. Dari ulasan karya, kenal pasti pemboleh ubah–pemboleh ubah kajian berpotensi dan bentukkan kerangka konseptual. Akhir sekali, tuliskan metodologi kajian. Laporan anda untuk Tugasan 2 perlu merangkumi perkara-perkara berikut:
- Ulasan Karya
- Kerangka Konseptual dan Hipotesis-hipotesis
- Metodologi Kajian
Untuk membimbing anda dalam menyediakan cadangan penyelidikan tersebut, pastikan anda menjawab soalan-soalan berikut yang membawa pemberat markah tertentu:
- Apakah latar belakang kajian dan mengapa kajian tersebut signifikan? (12%)
- Nyatakan pernyataan masalah anda dan tuliskan persoalan kajian serta objektif kajian yang sesuai. (18%)
- Ulas beberapa karya tentang topik yang anda pilih. Berdasarkan karya-karya tersebut, kenal pasti dan definisikan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian anda, dan bina satu kerangka konseptual serta hipotesis-hipotesis yang berkemungkinan. Anda perlu merujuk sekurang-kurangnya LAPAN (8) artikel penerbitan terkini dalam topik pilihan anda. Gunakan format APA untuk nukilan-nukilan di dalam teks dan rujukan.
- Cadangkan satu reka bentuk kajian dan justifikasi anda memilihnya.
- Perincikan reka bentuk pensampelan anda dan analisis-analisis statistik yang berkemungkinan anda akan gunakan.
- Senaraikan semua rujukan anda mengikut format APA.
Stuck in Completing this Assignment and feeling stressed ? Take our Private Writing Services.
Get Help By Expert
Master BBRC4103: Research Methodology with our dedicated Malaysia assignment helper service. Additionally, we provide the convenience of take my online exam services for Malaysia students. Trust our experts to offer comprehensive support as you navigate through your research methodology course. Malaysia students can confidently pay our professionals for assistance, ensuring success in their academic endeavors. Trust us to guide you towards excellence in BBRC4103.
Recent Solved Questions
- BM070: Business Research Methods Assignment, APU, Malaysia Describe principles, design, methodology, and concepts in formulating research. Interpret business problems into a succinct
- MGT7101: Managing Operations of Business Assignment, PBS, Malaysia A brief introduction of the organization, with a general discussion on its service offering and industry
- BDEK2203: Introductory Macroeconomics Assignment, OUM, Malaysia Illustrate and explain the Gross Domestic Product (GDP) and unemployment for Malaysia for the years 2018-2021 using graphs
- BTA3324: Sales and service tax (SST) was reintroduced on 1 September 2018 to replace goods and services tax (GST): Taxation 2 Assignment, UOW, Malaysia
- Marketing Innovation Assignment, HWU, Malaysia Discuss the application of the BCG Model on the current business product. Explain the basic requirements
- DFN5214: Fundamentals of Finance 2 Assignment, MMU, Malaysia Mutiara Berhad is interested in measuring its overall cost of capital. The current investigation has gathered the following data
- GEO ENGINEERING Essay, UITM, Malaysia Evaluate the role of Ocean fertilization in addressing climate change In the introduction briefly explain climate change and ocean fertilization
- BBPM2103: Marketing Management I Assignment, OUM, Malaysia Explain the elements of the existing marketing mix and discuss how these elements are practiced in the selected firm
- USPP3014: Metaphysics Research Paper, UUM, Malaysia F. H. Bradley philosophizes that metaphysics is the finding of bad reasons for what we believe upon instinct
- BKAN1013: Basic Accounting Assignment, UUM, Malaysia The unadjusted trial balance of GIGAMA Enterprise as of 31 December 2022 is as follows