MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 Tugasan September 2026: Jenayah Siber and 3R Content
MPU3182 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 Tugasan (September 2026): Jenayah Siber, Kandungan 3R dan Etika Digital
| Course Code | MPU3182 |
| Course Title | Penghayatan Etika dan Peradaban 2 (Appreciation of Ethics and Civilisations) |
| University | Open University Malaysia (OUM) |
| Assessment | Tugasan (Assignment), 5 tasks |
| Semester | September 2026 |
| Weighting | 60% of the course marks |
| Language | Bahasa Melayu |
| Theme | Cybercrime, 3R content and digital ethics in multi-ethnic Malaysia |
For the September 2026 semester, OUM’s MPU3182 tugasan focuses on jenayah siber, penipuan dalam talian and 3R content (race, religion and royalty) in Malaysia’s multi-ethnic society. Students write an analytical essay using the Sejarah, Struktur Sosial and Biografi framework, record a short video on a real cybercrime case, answer four reflective questions, take part in the forum and complete the H5P activity, all in Bahasa Melayu.
Tujuan Tugasan
Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep, memberi maklum balas secara reflektif, dan menilai secara kritis isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan cabaran kelestarian etika serta peradaban masyarakat majmuk di Malaysia. Jawab dalam Bahasa Melayu.
Tugasan 1 (10 markah): Penulisan Esei
Etika dan peradaban acuan Malaysia boleh dianalisis menerusi kerangka Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (modul Topik 1.3). Berdasarkan data Infografik Bernama yang menunjukkan lonjakan kandungan penipuan dan akaun palsu, aplikasikan ketiga-tiga komponen kerangka tersebut untuk menganalisis sebab-sebab fenomena jenayah siber semakin berleluasa dalam masyarakat majmuk Malaysia. Seterusnya, jelaskan bagaimana penghayatan etika dan peradaban acuan Malaysia mampu menangani punca berkenaan demi kelestarian negara. Sertakan satu (1) contoh situasi sebenar di Malaysia sebagai sokongan. (Tidak melebihi 3 halaman.)
Tugasan 2 (20 markah): Pembentangan Video
Etika dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sering tergugat oleh sikap tamak dan pengabaian tanggungjawab, sehingga melahirkan jenayah siber seperti penipuan cinta (love scam), penipuan pelaburan, akaun palsu dan penyebaran kandungan berunsur 3R (Topik 7 dan Topik 9). Hasilkan satu (1) pembentangan video yang membincangkan dan menilai satu isu kontemporari berkaitan penipuan siber atau kandungan berbahaya dalam talian di Malaysia, merangkumi:
- Pengenalan Isu: kenal pasti dan jelaskan secara ringkas satu (1) isu sebenar.
- Penilaian Kritis: nilaikan isu dari perspektif etika dan peradaban, iaitu sejauh mana keruntuhan etika menggugat kepercayaan dan keharmonian masyarakat majmuk.
- Cadangan Penyelesaian: bincangkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang (Seksyen 233 Akta 588) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di samping literasi digital dan integriti diri.
Arahan teknikal: video berdurasi 5 hingga 7 minit, wajah pembentang mesti kelihatan, dan pautan YouTube (Unlisted/Public) atau Google Drive dimasukkan dalam fail jawapan PDF. Bahan wajib: skrip pembentangan (minimum 300 patah perkataan), salinan slaid (jika digunakan) dan senarai rujukan format APA. Pautan mesti kekal aktif sekurang-kurangnya tiga bulan selepas penghantaran.
Tugasan 3 (20 markah): Penulisan Refleksi
Tulis refleksi kendiri tentang cabaran kelestarian etika dan peradaban di Malaysia dengan menjawab keempat-empat soalan berikut (terhad kepada 6 halaman):
- Kebebasan bersuara dan Perlembagaan Persekutuan: penurunan kandungan 3R oleh SKMM menimbulkan perbahasan antara kebebasan bersuara (Perkara 10) dan pemeliharaan isu sensitif. Ceritakan satu situasi apabila anda perlu menimbang antara hak bersuara dan tanggungjawab sosial di ruang siber, dan bagaimana anda bertindak secara matang.
- Etos bangsa digital: merujuk konsep etos bangsa (Topik 5), apakah satu nilai atau amalan peribadi yang anda pegang untuk membentuk identiti rakyat digital Malaysia yang beretika dan bertamadun?
- Tadbir urus dan kepercayaan institusi: sejauh manakah anda mempercayai peranan institusi seperti SKMM dalam melindungi masyarakat? Kongsikan satu tindakan bertanggungjawab yang pernah atau akan anda lakukan.
- Integriti diri dan ekonomi gelap: jika ditawarkan jalan pintas yang tidak beretika (contohnya menyewa akaun bank kepada sindiket), apakah pendirian peribadi anda untuk menolak budaya ekonomi gelap ini?
Tugasan 4 (10 markah): Penyertaan Kelas Dalam Talian
Bincangkan dalam forum: adakah tindakan pihak berkuasa menyekat dan menurunkan kandungan siber di bawah Seksyen 233 Akta 588 mengekang kebebasan bersuara, atau wajar demi memelihara kesepaduan masyarakat majmuk Malaysia? Pilih lima (5) hantaran terbaik dan sertakan tangkap layar (JPG atau PNG) yang menunjukkan nama, tajuk perbincangan, hari, tarikh dan masa.
Tugasan 5 (10 markah): Aktiviti Dalam Talian (H5P)
Pelajar wajib melengkapkan aktiviti dalam talian H5P yang disediakan untuk kursus ini.
Are You Searching Answer of this Question?
Request Malaysian writers to write a plagiarism-free copy tailored to your question.
Get Help By Expert
The MPU3182 September 2026 tugasan is marked on how well you apply ethics and civilisation concepts to a real Malaysian cybercrime issue, not on how much you describe online scams. Students often lose marks by skipping the Sejarah, Struktur Sosial and Biografi lens, by citing no Malaysian law or data, or by writing reflections that sound generic. Our OUM assignment helpers can guide you on structuring the esei and video script in Bahasa Melayu, and our assignment review service can check your draft against the word and time limits before you submit. You can also compare the earlier MPU3182 OUM tugasan or the related MPU3192 Falsafah dan Isu Semasa 2 questions.
Need the complete answer?
Need a custom solution for this question?
Share your module details and get fast, original academic support from our team.