MPU3192 Falsafah Dan Isu Semasa 2 Assignment Questions 2026
MPU3192 Assignment Questions
Tujuan
Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan etika dan falsafah dalam konteks kehidupan seharian yang melibatkan kepelbagaian budaya dan agama.
Soalan 1
Klik dan tonton video muzik berikut:
Video 1: Lagu ‘Malaysia’ oleh Faizal Tahir
Video 2: Lagu ‘Negaraku’ oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir
Berdasarkan video muzik di atas, anda diminta untuk menjawab soalan berikut:
a. Kenal pasti dan bincangkan DUA nilai falsafah yang terkandung dalam kedua-dua lagu tersebut. Kaitkan nilai-nilai tersebut dengan Falsafah Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti dalam modul Topik 1.
Kemudian, kongsikan SATU situasi sebenar yang pernah anda alami sendiri di tempat kerja atau dalam komuniti masyarakat yang mencerminkan nilai falsafah tersebut.
b. Berdasarkan mesej kedua-dua lagu tersebut, bincangkan bagaimana Falsafah Sejahtera (modul, Topik 1) boleh direalisasikan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama?
Kemudian, berdasarkan pengalaman anda sendiri sebagai pekerja atau pelajar atau ahli masyarakat, berikan DUA contoh situasi sebenar yang menggambarkan usaha merealisasikan Falsafah Sejahtera dalam kehidupan seharian anda. Anda perlu mengaitkan kedua-dua contoh dengan Falsafah Sejahtera.
c. Selepas memahami lirik kedua-dua lagu dan menganalisis situasi dalam soalan (a) dan (b), kongsikan perubahan yang anda rasai dalam diri anda terhadap kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia. Jelaskan sama ada pengalaman ini mengubah perasaan, cara anda berfikir atau bertindak terhadap individu yang berbeza agama dan budaya. Kongsikan dengan jujur.
d. Tulis SATU surat tidak rasmi (tidak melebihi 2 muka surat) kepada rakan anda di luar negara (sebenar atau hipotetikal) menceritakan keunikan Malaysia dari sudut Falsafah Rukun Negara dan Falsafah Sejahtera.
Dalam surat tersebut, sertakan:
- Keunikan Malaysia yang anda banggakan sebagai rakyat
- SATU pengalaman peribadi yang mencerminkan nilai falsafah tersebut dalam kehidupan seharian anda (sama ada di tempat kerja, masyarakat atau semasa melawat negara lain jika ada)
- Bagaimana nilai-nilai tersebut membezakan Malaysia daripada negara lain
Soalan 2
Anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi. Laporan tersebut perlu menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini dengan menggunakan model WHAT → SO WHAT → NOW WHAT seperti berikut:
| WHAT (Apa yang berlaku?): | Apakah pengalaman anda semasa menyiapkan Tugasan 1? Huraikan apa yang anda lakukan, pelajari dan alami. |
| SO WHAT (Apa maknanya?): | Apakah pengajaran dan nilai yang anda peroleh daripada pengalaman tersebut? Bagaimana tugasan ini mengubah pemikiran anda tentang falsafah dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia? |
| NOW WHAT (Apa tindakan seterusnya?) | Apakah perubahan atau penambahbaikan yang akan anda lakukan dalam kehidupan sebenar anda selepas menyiapkan tugasan ini? |
Peringatan:
- Refleksi mesti berdasarkan kesilapan dan pengalaman sendiri, bukan naratif umum.
- Elakkan penulisan yang bersifat umum.
- Berikan cadangan penambahbaikan yang spesifik.
- Refleksi tanpa penilaian kendiri dianggap tidak lengkap.
- Laporan refleksi tidak melebihi 3 muka surat
Soalan 3: Penyertaan Kelas Dalam Talian
Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam perbincangan dalam talian.
Rujuk soalan-soalan yang dimuat naik dalam e-Lesson Week 7 di myINSPIRE.
** Nota: Tugasan 3 tidak termasuk dalam kiraan jumlah patah perkataan.
[JUMLAH: 60 MARKAH]
Soalan 4: Aktiviti Online (10 Markah)
Peringatan Penting:
Terdapat AKTIVITI DALAM TALIAN yang perlu dilaksanakan oleh pelajar yang mengikuti kursus ini bagi semester Mei 2026 yang mengandungi 10 markah. Aktiviti dalam talian ini boleh didapati pada e-Pelajaran Minggu 5 hingga e-Pelajaran Minggu 10 dalam myINSPIRE.
Sila rujuk pengumuman dalam myINSPIRE dari semasa ke semasa untuk tarikh dan masa berkaitan aktiviti tersebut.
Are You Searching Answer of this Question?
Request Malaysian writers to write a plagiarism-free copy tailored to your question.
Get Help By Expert
Are you struggling with your mpu3192 falsafah dan isu semasa 2 assignment? Many students find philosophical analysis, reflective writing, Rukun Negara, Falsafah Sejahtera and personal experience-based discussions difficult to organise. At Assignment Helper Malaysia, we provide expert oum assignment help tailored to your course requirements. You can also explore our oum assignment samples for quality academic guidance.
Need the complete answer?
Need a custom solution for this question?
Share your module details and get fast, original academic support from our team.