CTU101 Fundamentals of Islam Assignment | UITM Malaysia
| University | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Subject | CTU101 Fundamentals of Islam |
PRINSIP PRINSIP ASAS ISLAM (CTU101)
Tajuk Kertas Kerja :
CARA KEHIDUPAN MODEN VS KEHIDUPAN RASULULLAH SAW
| NAMA | NO. ID | GROUP |
| MUHAMMAD ADIF IMRAN BIN ANWAR ZAMANI | 2025409132 | THM1121CA |
| NUR ARISSYA BALQIS BINTI MOHD ARZUL | 2025293144 | THM1121CB |
| NUR ARISYA IRWANA BINTI BAHARUDDIN | 2025885284 | THM1121CA |
| NUR AUNI BATRIESYA BINTI MOHD FADLY | 2025462486 | THM1121CA |
| NUR ARINA FARISYA BINTI HASRULNIZA | 2025696724 | THM1121CA |
Penilaian:
| Pengenalan | |
| Perbincangan | |
| Penutup | |
| Teknikal dan rujukan | |
| Etika dan Profesionalisme |
ISI KANDUNGAN
| 1. | Pengenalan | ||
| 2. | Cara Kehidupan Moden vs Kehidupan Rasulullah SAW | ||
| 2.1 | : Cara Kehidupan Rasulullah SAW | ||
| 2.2 | : Cara Kehidupan moden | ||
| 2.3 | : Perbandingan Cara Kehidupan Moden vs Kehidupan Rasulullah SAW | ||
| 3. | Kesimpulan | ||
| 4. | Rujukan | ||
1. Pengenalan
Dalam kehidupan hari ini, semua orang menyedari bahawa kehidupan moden telah menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat. Kemajuan teknologi dan perubahan sosial telah membentuk satu gaya hidup yang lebih kompetitif. Secara umumnya, kehidupan moden menekankan pencapaian, penggunaan teknologi canggih serta pelbagai kemudahan yang memudahkan urusan harian manusia.
Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan moden membawa banyak manfaat seperti peluang pekerjaan yang lebih luas, peningkatan kualiti hidup dan rangkaian sosial yang lebih besar. Namun seiring dengan kemajuan, terdapat juga kesan negatif terhadap kesihatan fizikal, kesejahteraan psikologi dan keadaan emosi masyarakat. Ramai individu hari ini berdepan dengan tekanan kerja, kebergantungan terhadap media sosial serta semakin jauh daripada nilai etika dan semangat kemasyarakatan.
Masalah digital seperti ketagihan teknologi, kurangnya komunikasi sosial dan peningkatan isu kesihatan mental semakin ketara dalam kalangan masyarakat. Situasi ini turut menyebabkan hubungan kekeluargaan dan akhlak semakin merosot. Pada masa yang sama, perhatian terhadap penghayatan hidup Rasulullah SAW juga semakin berkurang walaupun baginda telah menyediakan panduan hidup yang menyeluruh dan seimbang dalam kehidupan manusia.
Kehidupan Rasululah SAW sangat berbeza dengan kehidupan moden kerana kehidupan baginda menjadi contoh yang menunjukkan keseimbangan dunia dan akhirat. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari akhirat serta banyak mengingati Allah”. Ayat ini menjelaskan bahawa akhlak dan gaya hidup Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan dalam membentuk gaya hidup moden yang seimbang dengan prinsip moral.
Kehidupan Rasulullah SAW bukan tentang ibadah ritual sahaja tetapi ia turut merangkumi kehidupan yang penuh kasih sayang, keadilan, kesederhanaan dan akhlak mulia. Baginda menegaskan bahawa nilai kebaikan merupakan asas kepada kestabilan hidup sejati dan kejayaan. Walaupun hidup dalam suasana serba sederhana, baginda mampu membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi dan harmoni. Oleh itu, memahami perbezaan antara kehidupan moden dan kehidupan Rasulullah amatlah penting.
Kajian ini bukan bertujuan untuk merendahkan kemajuan moden tetapi untuk memahami ajaran Rasulullah SAW agar kehidupan moden dapat diseimbangkan dengan nilai masyarakat tanpa kehilangan arah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dengan memupuk tingkah laku beretika serta perpaduan melalui penerapan nilai islam dalam kehidupan seharian.
2 . CARA KEHIDUPAN MODEN VS CARA KEHIDUPAN RASULULLAH SAW
2.1 Cara Kehidupan Rasulullah SAW
Dalam Islam , Rasulullah mengajar kita untuk membentuk gaya hidup seimbang yang menekankan akhlak kesederhanaan dan ketakwaan. Kehidupan moden pula dipengaruhi dengan kemajuan teknologi dan perubahan nilai masyarakat. Walaupun kemajuan ini memberi kemudahan kepada kita tetapi ia juga memberi impak yang negatif. Perbandingan antara cara kehidupan moden dan kehidupan rasulullah SAW penting untuk memahami bagaimana nilai-nilai Islam dapat diterapkan dalam realiti semasa. Salah satu teladan terbaik bagi umat Muslim ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan Nabi terakhir dan kekasih Allah SWT yang dikurniakan mukjizat, kelebihan, serta keistimewaan luar biasa yang tidak dimiliki manusia biasa. Keperibadian baginda sangat layak untuk dijadikan contoh oleh seluruh umat manusia. Tidak menghairankan apabila wujud begitu banyak kajian yang meneliti sifat-sifat dan keteladanan Rasulullah SAW.
Akhlak Nabi Muhammad SAW menjadi cerminan sempurna daripada ajaran al-Quran yang dibawanya. Baginda adalah manifestasi firman Allah SWT yang menyatakan,
وَاِنَّكَ لَعَلٰى خُلُقٍ عَظِيْمٍ
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) berada di atas budi pekerti yang agung” (QS. Al-Qalam: 4)
Sifat-sifat mulia seperti kesabaran, keadilan, amanah, ketakwaan, kerendahan hati, rasa malu, dan kelembutan tutur kata menjadi panduan utama bagi umat Islam dalam kehidupan seharian. Selain sifat-sifat tersebut, cara hidup Rasulullah juga menunjukkan disiplin yang tinggi dalam ibadah, kesederhanaan dalam harta dan pakaian, sikap menghargai keluarga, serta kebijaksanaan dalam berinteraksi dengan masyarakat.
Dalam konteks kepimpinan, kajian mengenai sifat Rasulullah SAW turut dikaitkan dengan konsep Leadership (kepemimpinan). Pemimpin biasanya dianggap sebagai individu yang memiliki kelebihan seperti kekuatan, kepandaian, pengalaman, serta kebijaksanaan. Nilai-nilai ini sangat sinonim dengan keperibadian Rasulullah SAW. Seorang pemimpin pada masa kini diharapkan mencontohi sifat baginda yang berteraskan nilai-nilai murni. Melalui sifat wajib Rasul seperti Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah, setiap tindakan kepimpinan hendaklah berpaksikan kejujuran, tanggungjawab, kemampuan menyampaikan kebenaran, dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan (Sakdiah, 2016).
Cara hidup Rasulullah SAW yang sederhana, penuh hikmah, serta berorientasikan akhlak mulia menjadi panduan universal dalam membentuk kepimpinan berintegriti pada masa kini. Dengan mencontohi peribadi baginda, seseorang bukan sahaja dapat membentuk akhlak terpuji, tetapi juga mampu menjadi pemimpin yang memberi manfaat kepada masyarakat.
2.2 Cara Kehidupan Moden
Cara hidup merupakan aspek yang sangat rapat dengan kehidupan manusia dan sering menjadi perbincangan dalam pelbagai konteks. Dalam era moden, cara hidup menjadi salah satu faktor penting yang membentuk identiti dan gaya interaksi masyarakat. Perkembangan zaman telah mengubah cara hidup daripada sesuatu yang ringkas kepada sesuatu yang lebih kompleks. Globalisasi memainkan peranan besar dalam mencorakkan cara hidup masyarakat moden. Ia mempengaruhi pemikiran, pilihan dan tingkah laku harian.
2.3 Perbandingan Cara Kehidupan Moden vs Kehidupan Rasulullah SAW
| Perkara | Lifestyle Moden | Lifestyle Rasulullah SAW |
| Pakaian | ||
| Harta | ||
| Sukan |
|
3. Kesimpulan
Cara kehidupan moden berbanding cara kehidupan Rasulullah jelas lagi nyata menunjukkan perbezaan yang ketara
4. Rujukan
Get Help By Expert
Struggling with CTU101 Fundamentals of Islam assignment at UiTM Malaysia? Our subject experts handle Islamic concepts, Quranic verses, hadis references, and critical comparisons with clear academic structure. Explore our CTU101 assignment sample to check quality before you order. Get 100% human-written, AI-free and plagiarism-free content aligned with UiTM marking rubrics. From pengenalan to kesimpulan, every section is properly referenced and well-articulated. Boost your grades confidently with Malaysia Assignment Helper—order your CTU101 assignment support today.
Recent Solved Questions
- FIN30016: Financial Accounting Report, SUT, Malaysia The size effect/premium in stock returns is the phenomenon that small-cap stocks on average outperform large-cap stocks over time
- SCB23302: Fundamentals of Materials Science Assignment, UniKL, Malaysia Using online resources as your reference material, prepare a comprehensive assignment discussing various aspects
- CUSTOMS MANAGEMENT AND CHALLENGES Assignment, UiTM, Malaysia Discuss and elaborate on the collection of indirect taxes and how the above objectives are being administered
- PGBM150: Innovation Entrepreneurship & Technology Transfer Report, SU, Malaysia The assessment has been specifically designed to accommodate the students varying commercial knowledge and understanding of module content
- Strategic Entrepreneurship Assignment, SU, Malaysia From your google search, suggest a video that explains the importance of morals, integrity, and ethics in running a corporation
- Marketing Assignment, OUM, Malaysia Design an advertisement for this product, which includes the description of the product and a new slogan
- Diploma in Land Survey Assignment, UTM, Malaysia Calculate the volumes of cut and fill contained between consecutive cross-sections from CS10 and CS15
- BTM3001: Ethics and sustainability in business environment Research Paper, MUM, Malaysia By their very nature, traditional companies are not equipped to deal with social problems
- MPU3123: Islamic Civilization and Asian Civilization Assignment, AeU, Malaysia Kerajaan Islam zaman Abbasiyyah telah membawa perubahan yang besar dalam pelbagai aspek seperti perubatan
- EDF5544: Group counselling skills and psychotherapy Essay, MUM, Malaysia: Students are required to watch the above movie and complete a review of the movie based on the group therapy